top of page

LATARBELAKANG



SEJARAH BUGIS DI SABAH


Kewujudan mereka di Tawau pada awal zaman pemerintahan British iaitu sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia adalah dalam jumlah yang sedikit. Mereka ini telah pun berasimilasi dengan masyarakat peribumi tempatan dan menjadi masyarakat Melayu. Mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa Bugis, menggunakan lohat Melayu tempatan dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.



Namun kedatangan orang-orang Bugis Indonesia setelah kewujudan Indonesia pada tahun 1950an hingga 1980an mereka secara beramai-ramai ke Tawau ( Malaysia ) adalah untuk bekerja di ladang ladang getah, koko dan abaka iaitu Ladang Bal Plantation sebuah ladang milik syarikat British. Ada juga Ladang Table, Ladang Abaka, Ladang Tiger dan Ladang Merotai. ( Rujuk : Sejarah Tawau dan Buku ' Borneo Under The Sun ' , Nicholas Chung , Natural History , 2005 ). Kedatangan rakyat Indonesia ini adalah berterusan hingga ke saat ini. Mereka kebanyakannya bekerja sebagai pekerja kontrak dengan izin atau juga sebagai pemegang pasport untuk bekerja di Tawau di sektor pembinaan dan sektor perniagaan.



Masyarakat Bugis sebenarnya terdiri daripada pelbagai suku kaum Bugis mengikut tempat asal mereka di Sulawesi Selatan seperti Bugis Bone, Bugis Enrekang dan Bugis Pinrang. Namun bangsa Bugis ini tidaklah sama dengan Bangsa Makasar, penduduk majoriti di Kota Makasar ( Ujung Pandang ), bangsa Toraja di Tanah Tinggi Sulawesi Selatan, bangsa Mandar di Sulawesi Barat ( Kota Mamuju ), bangsa Khaili di Sulawesi Tengah ( Kota Palu ), bangsa Buton di Sulawesi Tenggara ( Kota Kendari ) dan bangsa Minahasa di Sulawesi Utara ( Kota Manado ). Oleh kerana kepadatan tinggi di Kota Makasar yang dikuasai bangsa Makasar, bangsa Bugis banyak keluar mencari pekerjaan di kota-kota lain di Indonesia seperti Samarinda, Tarakan dan Nunukan.


Dengan adanya Tawau, bandar negara Malaysia yang terdekat, mereka berduyun-duyun datang untuk mencari rezeki di Malaysia yang memang menyediakan banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Di Tawau, mereka berusaha untuk mendapatkan kerakyatan negara Malaysia dengan cara tinggal dalam tempoh yang lama di Tawau. Ada di antara mereka yang lari ke sini kerana krisis ditempat mereka seperti kedatangan Belanda, maka sebab itu mereka lari merantau ke sini ada diantara mereka mengikut bangsawan mereka lari dan pengikut mereka turut serta, mencari perlindungan dari kolonial belanda.















bottom of page